Selamat Datang Ke Bro Nan Enterprise!

by | Jul 3, 2021 | Uncategorized | 0 comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pertamanya, kami ingin mengucapkan selamat datang ke Bro Nan Enterprise. Oleh kerana ini post pertama untuk blog kami ini, maka elok kiranya kami ceritakan serba sedikit berkenaan perniagaan keluarga kami. Seperti yang anda lihat, kedai kami, adalah rumah kami. Mengambil konsep Sell Online From Home (SoFHo), kami beroperasi sepenuhnya dari rumah.

servis-makanan
Bro Nan menghantar makanan siap masak kepada pelajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.

Bro Nan adalah nama panggilan kepada suami saya, Zainal Abidin bin Zom yang digunakan oleh pelajar di tempat kami pernah menjalankan servis penyediaan makanan sejak tahun 2016 sehingga awal 2020. Ya, sebelum ini kami dari bidang yang lain. Namun ianya tidak asing bagi kami kerana saya pernah membuat servis percetakan semasa belajar di universiti dahulu. Kepulangan kami ke kampung ini adalah kerana terkesan PKP, di mana perniagaan servis penghantaran dan upah masak terpaksa dihentikan sejak PKP yang pertama. Sebelum itu, Bro Nan mengambil upah masak untuk Masjid Sultan Ahmad Shah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan.

mesin-fotostat
Mesin fotostat pertama kami

Kami bermula dengan satu mesin fotostat setelah mendapat bantuan modal dari sahabat kami yang ingin membantu. Idea asal adalah saya mencetak ebook MFS Empire, yang mana saya menjualnya secara online sejak 2019. Namun, apabila memikirkan kesukaran kami mendapatkan servis fotostat semasa kami mula-mula pindah ke kampung, kami rasa sebaiknya servis ini diperluaskan kepada seluruh penduduk kampung. Alhamdulillah, kini kami mempunyai dua mesin fotostat, mesin laminate dan binding juga.

Kaunter drop off dan pickup servis di hadapan eSoHo kami.

Bermula PKP 3.0, perniagaan kami berpindah konsep kepada Online sepenuhnya. Pelanggan perlu membuat tempahan secara online melalui aplikasi Whatsapp, email dan website. Bahan yang dihantar secara online akan diproses dan bahan yang sudah siap akan dilabel dan diletakkan di kaunter khas untuk process pickup. Buat masa ini, kami hanya membuka servis fotostat, print, laminat dan binding secara online. InsyaAllah kami akan juga membuka online shop untuk alatulis dan keperluan persekolahan / teknologi informasi yang lain.

Kami dengan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat kami yang telah membantu bagi membolehkan Bro Nan Enterprise sebagai pusat percetakan utama di Kampung Seterus dan sekitarnya. Juga ucapan terima kasih kepada penghulu kampung, jiran-jiran serta penduduk setempat yang juga banyak memberikan sokongan kepada kami. InsyAllah, kami akan cuba memberi servis yang terbaik untuk semua.

Cetak Dengan Mudah,

Noor Azlin Mohamad.

Admin dan Webmaster Bro Nan Enterprise.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Recent Comments